Monday, March 29, 2010

APA ITU E-MAIL?


E-Mail ialah Electronic Mail ataupun dalam melayunya Mel Elektronik ataupun surat elektrik....jangan terkena kejutan sudah..!!!.... ;-). E-Mail ialah secara asasnya kita boleh menghantar pesanan melalui komputer ke komputer yang lain. E-mail menghantar pesanan dan juga boleh menghantar file melalui komputer dan masuk ke jaringan internet seterusnya akan sampai ke satu komputer yang lagi satu.

E-Mail ini kan disimpan oleh Penyedia perhidmatan E-Mail di komputer mereka seperti Yahoo , Hotmail dan Google. Kita boleh
membukanya dan menguruskan kesemua E-mail kita melalui internet. Tapi pastikan kena ada dahulu alamat E-mail.

KELEBIHAN MENGGUNAKAN EMAIL

  • Senang- Untuk mengirim surat tidak perlu ke pejabat pos, hanya perlu duduk di depan komputer yang terhubung Internet dan alamat E- Mail. Bahkan sekarang, E-Mail boleh dihantar melalui media komunikasi mobile seperti PDA (Personal Digital Assistant).
  • Cepat- E-Mail dapat dihantar dengan sekejap sahaja tanpa mengira sepadan dimana kita berada. Contohnya kita ingin menghantar E-Mail kepada kawan- kawan sama ada berada di dalam negara atau luar negara.
  • Murah- Pembelanjaan menggunakan E-Mail adalah sangat murah dibandingkan menggunakan telefon atau surat terutama jika menghantar surat ke luar daerah atau luar negeri.
  • Menjimatkan sumber- Kita tidak perlu membeli kertas, pen atau printer untuk dihantar kepada beberapa orang sekaligus tidak mengeluarkan modal.
  • Global- E-Mail biasanya digunakan oleh sesiapa sahaja, dimana sahaja dan sehingga menjadi prasarana komunikasi di seluruh penjuru dunia.













BAGAIMANA MENJAGA KOMPUTER?

BACKUP PADA FAIL

Secara am, fungsi backup ataupun pendua membenarkan pengguna membuat salinan sesuatu fail, program dan sistem operasi ke dalam media storan lain seperti cakera liut, ruang storan cakera keras di server atau pita.Sebagai langkah keselematan ketika kerosakan fail,salinan fail yang telah dibuat boleh dikeluar dan digunakan semula.

DEFRAGMENTASI PADA HARD DISK

Hardisk terdiri daripada ruangan atau sektor yang menyimpan fail.Kandungan Hard Disk sentiasa berubah kerana berlakunya proses menambah atau menghapuskan fail dan perisian. Lebih berselerak susunan fail di dalam Hard Disk , lebih lambat sesuatu fail atau komponen dicapai. Masalah ini boleh diperbaiki menggunakan Defragmentasi.

PERIKSA SETIAP BAD SEKTOR DALAM HARD DISK

Bad Sektor merujuk kepada bahagian pada disk yang telah rosak, biasanya secara fizikal. Kerosakan fizikal boleh disebabkan oleh hentakan yang kuat pada disk, misalnya jika terjatuh atau pun terdedah kepada medan magnet yang tinggi. Berbanding file error , bad sektor biasanya bersifat kekal dan tidak dapat dihilangkan.

SCAN DISK

Scan Disk akan memeriksa kesilapan pada fail (jika ada) , jadual peruntukan fail(file allocation table) , folder dan juga memeriksa permukaan disk sekiranya terdapat kerosakan atau serpihan fail. Scan Disk berupaya membetulkan kerosakan fail yang rosak.

Sunday, March 28, 2010

APA ITU KOMPUTER?



KOMPUTER


Peranti (alat yang direka cipta untuk melakukan tugas tertentu) atau mesin yang boleh diaturcarakan / digunakan untuk menerima data dan mengolah data seperti melakukan pengiraan matematik, logik atau pemprosesan lain, dan kemudian mengeluarkan data terproses secara bersistem”.


PERBEZAAN PERKAKASAN DAN PERISIAN

  1. Perkakasan dari segi aspek fizikal
  2. Perkakasan memerlukan sokongan perisian
  3. Perisian lebih kepada aspek digital
  4. Saling memerlukan dalam menjalankan sesuatu aktiviti

  • VISUAL PERKAKASAN KOMPUTER








PENGENALAN

SMK BUKIT GAMBIR, LEDANG JOHOR telah ditubuhkan sejak 1 Januari 1965 .
  • Kod sekolah JEE 5029
  • Jenis sekolah adalah sekolah Menengah Kebangsaan
  • Jenis murid terdiri daripada lelaki dan perempuan
  • Terdapat 2 sesi pagi dan petang
  • Alamat Sekolah ialah Kg. Sg. Jaya, 84800 Bukit Gambir , Ledang Johor
  • No Telefon sekolah 06-9761050
  • No Fax sekolah 06-9764900
  • Email sekolah smkbgambir@yahoo.com
  • Website sekolah ialah www.smkbgambir.myportal.my
Tujuan Blog ini diadakan adalah untuk memberi maklumat yang dapat dikongsi berkaitan dengan teknologi ICT terutamanya kepada warga SMK Bukit Gambir Ledang Johor. Diharap blog ini mendapat maklum balas yang positif . Sebarang cadangan , pendapat mengenai blog ini boleh di email di fsrazmah@gmail.com

Yang Menjalankan Tugas,

Razmah Bt Razak
Fasilitator Schoolnet SMK Bukit Gambir