Monday, October 25, 2010

BAGAIMANA MENGHAPUS SEJARAH INTERNET

Bagaimana menghapus sejarah internet dari aktivitas online Anda. Browser web anda menyimpan berbagai jenis informasi ketika anda sedang online yang dapat digunakan untuk merugikan . Hal ini penting untuk mengetahui bagaimana untuk melindungi privasi

Browser toko 3 jenis informasi selama anda surfing di web.

1. Sejarah browser - browser Anda menyimpan URL (alamat situs web) yang dikunjungi. Pada kedua Internet Explorer dan Firefox ini ditetapkan selama 20 hari.

3. Cookie - ini adalah file kecil yang digunakan situsi Web untuk mengidentifikasi pengguna dan melacak preferensi mereka. Dengan hanya melihat cookie seseorang dengan mudah menceritakan apa yang telah dikunjungi diWeb.

3. Temporary Internet Files-baik toko browser halaman sebelumnya dipilih dan foto dalam folder ini untuk mempercepatkan browsing. Dalam FireFox ini juga tahu sebagai "cache. "

Bagaimana menghapus sejarah internet

Ada sejumlah cara untuk menghapus jejak online. Di Internet Explorer,mengunjungi "pilihan internet" untuk membuat perubahan pada pengaturan.Sebagai contoh,mungkin ingin mengurangi berapa lama browser sejarah. Untuk menu ini,dapat menghapus cookie dan jelas internet sementara Anda sejarah dan sejarah browser.

Firefox memiliki fungsi serupa tapi seperti biasa melakukannya sedikit lebih baik daripada Internet Explorer. Dalam FireFox ada alat untuk "Clear Private Data" yang dapat anda akses dari "Options" menu. Dapat mengkonfigurasi tool ini untuk membersihkan apa yang Anda inginkan i. e. cookies, cache, password, sejarah internet dan lain-lain.

Sementara FireFox khususnya membantu untuk menghapus data masih ada sejumlah langkah yang perlu diikuti. Ingat sejarah internet anda bukanlah satu-satunya masalah privasi. Maklumat komputer lebih banyak informasi tentang diri mungkin ingin rahasiakan. Sebagai contoh, menyimpan sejarah diri, file yang download termasuk file video, file yang dibuka pada komputer dan banyak lagi.

Mengingat banyak informasi yang perlu berhati-hati itu jauh lebih mudah dan waktu yang panjang untuk menggunakan produk software yang baik untuk membersihkan data rahsia Anda. Ini adalah cara termudah aku tahu cara menghapus sejarah internet. Cuba scan virus dan melihat apa potensi risiko privasi bersembunyi di komputer Anda.

5 CARA VIRUS, SPYWARE , MALWARE SERANG KOMPUTER

1. E-mail
Dengan membuka email saja, komputer anda boleh diserang…Lagi2 email yang disertakan dengan attachment..Secara amnya, Virus, Spyware atau Malware tidak boleh serang dengan hanya kita membaca email sahaja..Ia akan menyerang menyelinap masuk ke komputer anda melalui attachment yang disertakan..Anda buka, masuklah dia… he333..Pastikan email tu penghantarnya dari orang yang anda kenali, kalau tak kenal delete.

2. Download
Anda yang gemar memuat turun perisian percuma, lagu2 mp3 percuma, permainan komputer percuma dan lain melalui Kazaa, Limewire, Warez atau laman2 web yang menyediakan perkhidmatan download …Kemungkinan besar fail yang anda download tu mempunyai Virus, Spyware dan Malware..Pastikan fail yang anda download tu bukan lah dari 3 benda ini.Jika anda tergolong diantara mereka yang suka mendownload.

3. Klik Pada Iklan

Sekarang ni banyak iklan yang ada…Iklan yang membuatkan anda teruja akan mengklik pada iklan tersebut pun ada..Hati2, bukan semua iklan itu benar.Dengan hanya mengklik sahaja, komputer anda dalam bahaya.Contohnya SmartAntivirus 2009

4. Install Program Yang Tidak Boleh Dipercayai
Memasang program seperti perisian aplikasi, games2 yang tidak tahu asal usulnya…Pastikan pengeluar program – program ini dari pengeluar – pengeluar yang boleh dipercayai.

5. Melayari Laman Web Porno
Selalunya kebanyakkan laman web Prono mengandungi banyak spyware.Janganlah anda melayari laman web seperti ini.

Tuesday, June 29, 2010

APAKAH VERSI WINDOWS 7 YANG SESUAI?

WINDOWS 7 STARTER

Edisi Windows 7 Starter adalah untuk Netbook dan juga komputer yang kurang berkuasa atau komputer lama. Ia hanya mempunyai ciri-ciri yang asas dan juga harganya murah. Ia biasanya disertakan dengan pembelian komputer atau netbook baru.

Ciri-ciri Windows 7 Starter - 32 bit sahaja sertai rangkaian Home Group sahaja ; ada Internet Explorer 8; ada Windows Media Player 12; penggunaan aplikasi terhad; Tiada Aero Effects, mainan DVD, ciri Personalization dan banyak lagi . Ini hanya untuk pelayaran web dan email.

WINDOWS 7 HOME PREMIUM

Windows 7 Home Premium mungkin cukup untuk pengguna di rumah tetapi mungkin ada ciri-ciri tertentu yang anda mahu ada di dalam edisi lain.


Ciri-ciri Windows Home Premium - serasi 32-bit dan 64-bit ; Internet Explorer 8 ; ciri penuh Windows Aero ;Wimdows Mobility Center; bina dan sertai Home group ; ciri Multi-touch menyokong skrin sesentuh;Premium Games ; Windows Media Center.


WINDOWS 7 PROFESSIONAL

Windows 7 Professional mempunyai semua ciri-ciri yang ada pada Home Premium dan ditambah dengan beberapa ciri. Edisi ini disasarkan untuk perniagaan dan profesional.

Ciri-ciri Windows 7 Professional - Windows Server Domain ; Remote Desktop Server ; pencetakan berasaskan lokasi ;sistem fail enkrip;mod persembahan dan mengubah latarbelakang dan penyelamat skrin dipadamkan ; mode XP untuk menjalankan perisian yang sesuai dengan Windows XP.


WINDOWS 7 ULTIMATE

Adalah pakej lengkap ciri-ciri yang telah dinyatakan di atas bersama beberapa tambahan . Windows 7 Enterprise adalah sama dengan Windows 7 Ultimate tetapi hanya untuk syarikat-syarikat besar sahaja.

Ciri-ciri Windows 7 Ultimate:
AppLocker;Bit Locker;Drive Encryption;Direct Access; BranchCache Distributed Cache;
Multilingual User Interface Pack;Virtual Hard Disk Booting


WINDOWS 7 ENTERPRISE

Windows 7 Enterprise disasarkan untuk segmen syarikat dan dijual menerusi pelesenan kepada syarikat yang menpunyai kontrak Software Assurance bersama Microsoft. Ia mempunyai ciri-ciri sama dengan Windows 7 Ultimate.

Thursday, June 24, 2010

WINDOWS 7

Soalan Lazim Windows 7 ?

Kenapa sistem operasi baru Microsoft itu dipanggil Windows 7 ?
Microsoft menggunakan sistem penomboran dalaman dan sistem operasi Windows seterusnya adalah 7 menurut turutan.

Bila Windows 7 dilancarkan ?
Windows 7 telah dilancarkan pada 22hb Oktober 2009.

Adakah terdapat versi beta atau RC(Release candidate)yang boleh dimuat turun ?
Tempoh ujian untuk Windows 7 telah berakhir. Dapatkan sahaja versi penuh.

Berapa edisi Windows 7 telah dilancarkan ?
Microsoft telah melancarkan 6 edisi Windows 7. Edisi yang boleh didapati adalah :
  1. Windows 7 EOM
  2. Windows 7 Starter
  3. Windows 7 Home Premium
  4. Windows 7 Professional
  5. Windows 7 Ultimate
  6. Windows 7 Enterprise
Apakah ciri-ciri yang terdapat dalam edisi Windows 7 ?
Setiap edisi Windows 7 didatangkan dengan set ciri tertentu. Secara amnya edisi Windows 7 yang lebih mahal atau tinggi mempunyai ciri-ciri tambahan yang berbeza berbanding dengan edisi yang kurang mahal contohnya Edisi Profesional lebih banyak ciri daripada Edisi Starter.

Kenapa Windows 7 ?
Banyak diperkatakan kenapa ia dinamakan Windows 7 . Kenapa 7 dan tidak 8 ? Berikut adalah turutan yang diperkatakan dalam beberapa tapak web di ruang siber.

  1. Windows 1 (Windows 1)
  2. Windows 2 (Windows 2)
  3. Windows 3 (Windows 3, Windows NT)
  4. Windows 4 (Windows 95, Windows 98,Windows 98 SE, Windows ME
  5. Windows 5 (Windows 2000, Windows XP)
  6. Windows 6 (Windows Vista)
  7. Windows 7 (Windows 7 )





Tuesday, June 8, 2010

PELARIS FACEBOOK


Apa itu Facebook? Soalan itu pasti boleh dijawab oleh semua golongan sama ada dari peringkat sekolah mahupun bekerja. Pemimpin Negara turut menggunakan facebook 1 Malaysia untuk berkomunikasi antara satu sama lain.Pelbagai aplikasi yang terkandung didalam facebook.

'Kau dah berladang hari ini? Kata-kata jenaka seperti ini menjadi ungkapan lazim bagi pengguna laman sosial untuk menghubungkan individu ataupun komuniti . Malah ia kini bertindak sebagai laman setempat untuk orang ramai berhubung , bermain , menguji minda dan tidak hairanlah ada pengguna yang boleh kekal berjam-jam lamanya di facebook kerana tertarik dengan aplikasi yang ditawarkan.

Farmville salah satu contoh terbaik . Aplikasi permainan yang dibangunkan oleh Zynga khusus untuk pengguna Facebook ini membuatkan pemain berasa seolah-olah memiliki dan menjaga ladang sebenar. Pengguna facebook hanya perlu memasang aplikasi ini pada akaun Facebook mereka dan sudah boleh menikmati keseronokan menanam pokok, memetik buah , memerah susu lembu dan boleh pula melawat ke ladang jiran untuk membantu atau melihat ladang siapa yang lebih hebat.


ETIKA RANGKAIAN SOSIAL

1. Semuanya awam - Tidak memasukkan segalanya di dalam laman web sosial kerana apa yang anda paparkan akan menjadi terbuka kepada awam.
2. Segalanya dimeterai - jika menggunakan rangkaian sosial walaupun menjadi orang yang tiada nama(anonymous) pasti dapat dikesan serta secara tidak langsung terikat dengan sebarang perjanjian pengguna yang anda setuju semasa pendaftaran.

3. Tidak semua jujur atau benar - Bukan semua dalam internet itu benar dan betul. Mungkin maklumat serta gambar yang digunakan adalah palsu.

4. Tapis diri sendiri - Pastikan apa yang anda taipkan dalam laman web itu tidak mengganggu atau mengugat orang lain.


5. Tidak semua perlu tahu - Tidak perlu memasukkan segalanya di dalam web . Pastikan yang maklumat disampaikan sesuai untuk umum atau tidak.

6. Asingkan -Jika ada rakan yang ramai anda boleh buka sebuah laman web peribadi dan asingkan segala kandungannya berbanding dengan laman web peribadi anda.

Monday, May 3, 2010

LAMAN WEB RANGKAIAN SOSIAL

Laman web rangkaian sosial menjadi semakin popular di kalangan rakyat Malaysia. Pelbagai lapisan masyarakat samaada dari peringkat sekolah sehinggalah kepada pemimpin-pemimpin negara menggunakan rangkaian sosial ini. Antaranya adalah Facebook, Myspace, Friendster dan lain-lain. Disini kita ingin berkenalan dengan rangkaian sosial paling popular:

1. Facebook - (http://www.facebook.com)


Pautan Masuk - 722,434,829
Jumlah Pelawat Bulanan - 122,220,617
Ramalan Pelawat Bulanan-93,300,000


2. MySpace (http://www.myspace.com)




Pautan Masuk - 345,130,806
Jumlah Pelawat Bulanan - 55,599,585
Ramalan Pelawat Bulanan- 61,300,000

3. Twitter (http://www.twitter.com )


Pautan Masuk - 628,750,806
Jumlah Pelawat Bulanan - 23,579,044
Ramalan Pelawat Bulanan - 28,000,000

Monday, March 29, 2010

APA ITU E-MAIL?


E-Mail ialah Electronic Mail ataupun dalam melayunya Mel Elektronik ataupun surat elektrik....jangan terkena kejutan sudah..!!!.... ;-). E-Mail ialah secara asasnya kita boleh menghantar pesanan melalui komputer ke komputer yang lain. E-mail menghantar pesanan dan juga boleh menghantar file melalui komputer dan masuk ke jaringan internet seterusnya akan sampai ke satu komputer yang lagi satu.

E-Mail ini kan disimpan oleh Penyedia perhidmatan E-Mail di komputer mereka seperti Yahoo , Hotmail dan Google. Kita boleh
membukanya dan menguruskan kesemua E-mail kita melalui internet. Tapi pastikan kena ada dahulu alamat E-mail.

KELEBIHAN MENGGUNAKAN EMAIL

  • Senang- Untuk mengirim surat tidak perlu ke pejabat pos, hanya perlu duduk di depan komputer yang terhubung Internet dan alamat E- Mail. Bahkan sekarang, E-Mail boleh dihantar melalui media komunikasi mobile seperti PDA (Personal Digital Assistant).
  • Cepat- E-Mail dapat dihantar dengan sekejap sahaja tanpa mengira sepadan dimana kita berada. Contohnya kita ingin menghantar E-Mail kepada kawan- kawan sama ada berada di dalam negara atau luar negara.
  • Murah- Pembelanjaan menggunakan E-Mail adalah sangat murah dibandingkan menggunakan telefon atau surat terutama jika menghantar surat ke luar daerah atau luar negeri.
  • Menjimatkan sumber- Kita tidak perlu membeli kertas, pen atau printer untuk dihantar kepada beberapa orang sekaligus tidak mengeluarkan modal.
  • Global- E-Mail biasanya digunakan oleh sesiapa sahaja, dimana sahaja dan sehingga menjadi prasarana komunikasi di seluruh penjuru dunia.