Monday, March 29, 2010

BAGAIMANA MENJAGA KOMPUTER?

BACKUP PADA FAIL

Secara am, fungsi backup ataupun pendua membenarkan pengguna membuat salinan sesuatu fail, program dan sistem operasi ke dalam media storan lain seperti cakera liut, ruang storan cakera keras di server atau pita.Sebagai langkah keselematan ketika kerosakan fail,salinan fail yang telah dibuat boleh dikeluar dan digunakan semula.

DEFRAGMENTASI PADA HARD DISK

Hardisk terdiri daripada ruangan atau sektor yang menyimpan fail.Kandungan Hard Disk sentiasa berubah kerana berlakunya proses menambah atau menghapuskan fail dan perisian. Lebih berselerak susunan fail di dalam Hard Disk , lebih lambat sesuatu fail atau komponen dicapai. Masalah ini boleh diperbaiki menggunakan Defragmentasi.

PERIKSA SETIAP BAD SEKTOR DALAM HARD DISK

Bad Sektor merujuk kepada bahagian pada disk yang telah rosak, biasanya secara fizikal. Kerosakan fizikal boleh disebabkan oleh hentakan yang kuat pada disk, misalnya jika terjatuh atau pun terdedah kepada medan magnet yang tinggi. Berbanding file error , bad sektor biasanya bersifat kekal dan tidak dapat dihilangkan.

SCAN DISK

Scan Disk akan memeriksa kesilapan pada fail (jika ada) , jadual peruntukan fail(file allocation table) , folder dan juga memeriksa permukaan disk sekiranya terdapat kerosakan atau serpihan fail. Scan Disk berupaya membetulkan kerosakan fail yang rosak.

No comments:

Post a Comment