E-Mail ialah Electronic Mail ataupun dalam melayunya Mel Elektronik ataupun surat elektrik....jangan terkena kejutan sudah..!!!.... ;-). E-Mail ialah secara asasnya kita boleh menghantar pesanan melalui komputer ke komputer yang lain. E-mail menghantar pesanan dan juga boleh menghantar file melalui komputer dan masuk ke jaringan internet seterusnya akan sampai ke satu komputer yang lagi satu.
E-Mail ini kan disimpan oleh Penyedia perhidmatan E-Mail di komputer mereka seperti Yahoo , Hotmail dan Google. Kita boleh membukanya dan menguruskan kesemua E-mail kita melalui internet. Tapi pastikan kena ada dahulu alamat E-mail.
KELEBIHAN MENGGUNAKAN EMAIL
- Senang- Untuk mengirim surat tidak perlu ke pejabat pos, hanya perlu duduk di depan komputer yang terhubung Internet dan alamat E- Mail. Bahkan sekarang, E-Mail boleh dihantar melalui media komunikasi mobile seperti PDA (Personal Digital Assistant).
- Cepat- E-Mail dapat dihantar dengan sekejap sahaja tanpa mengira sepadan dimana kita berada. Contohnya kita ingin menghantar E-Mail kepada kawan- kawan sama ada berada di dalam negara atau luar negara.
- Murah- Pembelanjaan menggunakan E-Mail adalah sangat murah dibandingkan menggunakan telefon atau surat terutama jika menghantar surat ke luar daerah atau luar negeri.
- Menjimatkan sumber- Kita tidak perlu membeli kertas, pen atau printer untuk dihantar kepada beberapa orang sekaligus tidak mengeluarkan modal.
- Global- E-Mail biasanya digunakan oleh sesiapa sahaja, dimana sahaja dan sehingga menjadi prasarana komunikasi di seluruh penjuru dunia.
correction >> PDA - Personal Digital Assistant
ReplyDeleteAzlan ExSMKBG 1986
tq....4 correction...;-)
ReplyDelete