Tuesday, June 29, 2010

APAKAH VERSI WINDOWS 7 YANG SESUAI?

WINDOWS 7 STARTER

Edisi Windows 7 Starter adalah untuk Netbook dan juga komputer yang kurang berkuasa atau komputer lama. Ia hanya mempunyai ciri-ciri yang asas dan juga harganya murah. Ia biasanya disertakan dengan pembelian komputer atau netbook baru.

Ciri-ciri Windows 7 Starter - 32 bit sahaja sertai rangkaian Home Group sahaja ; ada Internet Explorer 8; ada Windows Media Player 12; penggunaan aplikasi terhad; Tiada Aero Effects, mainan DVD, ciri Personalization dan banyak lagi . Ini hanya untuk pelayaran web dan email.

WINDOWS 7 HOME PREMIUM

Windows 7 Home Premium mungkin cukup untuk pengguna di rumah tetapi mungkin ada ciri-ciri tertentu yang anda mahu ada di dalam edisi lain.


Ciri-ciri Windows Home Premium - serasi 32-bit dan 64-bit ; Internet Explorer 8 ; ciri penuh Windows Aero ;Wimdows Mobility Center; bina dan sertai Home group ; ciri Multi-touch menyokong skrin sesentuh;Premium Games ; Windows Media Center.


WINDOWS 7 PROFESSIONAL

Windows 7 Professional mempunyai semua ciri-ciri yang ada pada Home Premium dan ditambah dengan beberapa ciri. Edisi ini disasarkan untuk perniagaan dan profesional.

Ciri-ciri Windows 7 Professional - Windows Server Domain ; Remote Desktop Server ; pencetakan berasaskan lokasi ;sistem fail enkrip;mod persembahan dan mengubah latarbelakang dan penyelamat skrin dipadamkan ; mode XP untuk menjalankan perisian yang sesuai dengan Windows XP.


WINDOWS 7 ULTIMATE

Adalah pakej lengkap ciri-ciri yang telah dinyatakan di atas bersama beberapa tambahan . Windows 7 Enterprise adalah sama dengan Windows 7 Ultimate tetapi hanya untuk syarikat-syarikat besar sahaja.

Ciri-ciri Windows 7 Ultimate:
AppLocker;Bit Locker;Drive Encryption;Direct Access; BranchCache Distributed Cache;
Multilingual User Interface Pack;Virtual Hard Disk Booting


WINDOWS 7 ENTERPRISE

Windows 7 Enterprise disasarkan untuk segmen syarikat dan dijual menerusi pelesenan kepada syarikat yang menpunyai kontrak Software Assurance bersama Microsoft. Ia mempunyai ciri-ciri sama dengan Windows 7 Ultimate.

Thursday, June 24, 2010

WINDOWS 7

Soalan Lazim Windows 7 ?

Kenapa sistem operasi baru Microsoft itu dipanggil Windows 7 ?
Microsoft menggunakan sistem penomboran dalaman dan sistem operasi Windows seterusnya adalah 7 menurut turutan.

Bila Windows 7 dilancarkan ?
Windows 7 telah dilancarkan pada 22hb Oktober 2009.

Adakah terdapat versi beta atau RC(Release candidate)yang boleh dimuat turun ?
Tempoh ujian untuk Windows 7 telah berakhir. Dapatkan sahaja versi penuh.

Berapa edisi Windows 7 telah dilancarkan ?
Microsoft telah melancarkan 6 edisi Windows 7. Edisi yang boleh didapati adalah :
  1. Windows 7 EOM
  2. Windows 7 Starter
  3. Windows 7 Home Premium
  4. Windows 7 Professional
  5. Windows 7 Ultimate
  6. Windows 7 Enterprise
Apakah ciri-ciri yang terdapat dalam edisi Windows 7 ?
Setiap edisi Windows 7 didatangkan dengan set ciri tertentu. Secara amnya edisi Windows 7 yang lebih mahal atau tinggi mempunyai ciri-ciri tambahan yang berbeza berbanding dengan edisi yang kurang mahal contohnya Edisi Profesional lebih banyak ciri daripada Edisi Starter.

Kenapa Windows 7 ?
Banyak diperkatakan kenapa ia dinamakan Windows 7 . Kenapa 7 dan tidak 8 ? Berikut adalah turutan yang diperkatakan dalam beberapa tapak web di ruang siber.

  1. Windows 1 (Windows 1)
  2. Windows 2 (Windows 2)
  3. Windows 3 (Windows 3, Windows NT)
  4. Windows 4 (Windows 95, Windows 98,Windows 98 SE, Windows ME
  5. Windows 5 (Windows 2000, Windows XP)
  6. Windows 6 (Windows Vista)
  7. Windows 7 (Windows 7 )





Tuesday, June 8, 2010

PELARIS FACEBOOK


Apa itu Facebook? Soalan itu pasti boleh dijawab oleh semua golongan sama ada dari peringkat sekolah mahupun bekerja. Pemimpin Negara turut menggunakan facebook 1 Malaysia untuk berkomunikasi antara satu sama lain.Pelbagai aplikasi yang terkandung didalam facebook.

'Kau dah berladang hari ini? Kata-kata jenaka seperti ini menjadi ungkapan lazim bagi pengguna laman sosial untuk menghubungkan individu ataupun komuniti . Malah ia kini bertindak sebagai laman setempat untuk orang ramai berhubung , bermain , menguji minda dan tidak hairanlah ada pengguna yang boleh kekal berjam-jam lamanya di facebook kerana tertarik dengan aplikasi yang ditawarkan.

Farmville salah satu contoh terbaik . Aplikasi permainan yang dibangunkan oleh Zynga khusus untuk pengguna Facebook ini membuatkan pemain berasa seolah-olah memiliki dan menjaga ladang sebenar. Pengguna facebook hanya perlu memasang aplikasi ini pada akaun Facebook mereka dan sudah boleh menikmati keseronokan menanam pokok, memetik buah , memerah susu lembu dan boleh pula melawat ke ladang jiran untuk membantu atau melihat ladang siapa yang lebih hebat.


ETIKA RANGKAIAN SOSIAL

1. Semuanya awam - Tidak memasukkan segalanya di dalam laman web sosial kerana apa yang anda paparkan akan menjadi terbuka kepada awam.
2. Segalanya dimeterai - jika menggunakan rangkaian sosial walaupun menjadi orang yang tiada nama(anonymous) pasti dapat dikesan serta secara tidak langsung terikat dengan sebarang perjanjian pengguna yang anda setuju semasa pendaftaran.

3. Tidak semua jujur atau benar - Bukan semua dalam internet itu benar dan betul. Mungkin maklumat serta gambar yang digunakan adalah palsu.

4. Tapis diri sendiri - Pastikan apa yang anda taipkan dalam laman web itu tidak mengganggu atau mengugat orang lain.


5. Tidak semua perlu tahu - Tidak perlu memasukkan segalanya di dalam web . Pastikan yang maklumat disampaikan sesuai untuk umum atau tidak.

6. Asingkan -Jika ada rakan yang ramai anda boleh buka sebuah laman web peribadi dan asingkan segala kandungannya berbanding dengan laman web peribadi anda.