Tuesday, June 29, 2010

APAKAH VERSI WINDOWS 7 YANG SESUAI?

WINDOWS 7 STARTER

Edisi Windows 7 Starter adalah untuk Netbook dan juga komputer yang kurang berkuasa atau komputer lama. Ia hanya mempunyai ciri-ciri yang asas dan juga harganya murah. Ia biasanya disertakan dengan pembelian komputer atau netbook baru.

Ciri-ciri Windows 7 Starter - 32 bit sahaja sertai rangkaian Home Group sahaja ; ada Internet Explorer 8; ada Windows Media Player 12; penggunaan aplikasi terhad; Tiada Aero Effects, mainan DVD, ciri Personalization dan banyak lagi . Ini hanya untuk pelayaran web dan email.

WINDOWS 7 HOME PREMIUM

Windows 7 Home Premium mungkin cukup untuk pengguna di rumah tetapi mungkin ada ciri-ciri tertentu yang anda mahu ada di dalam edisi lain.


Ciri-ciri Windows Home Premium - serasi 32-bit dan 64-bit ; Internet Explorer 8 ; ciri penuh Windows Aero ;Wimdows Mobility Center; bina dan sertai Home group ; ciri Multi-touch menyokong skrin sesentuh;Premium Games ; Windows Media Center.


WINDOWS 7 PROFESSIONAL

Windows 7 Professional mempunyai semua ciri-ciri yang ada pada Home Premium dan ditambah dengan beberapa ciri. Edisi ini disasarkan untuk perniagaan dan profesional.

Ciri-ciri Windows 7 Professional - Windows Server Domain ; Remote Desktop Server ; pencetakan berasaskan lokasi ;sistem fail enkrip;mod persembahan dan mengubah latarbelakang dan penyelamat skrin dipadamkan ; mode XP untuk menjalankan perisian yang sesuai dengan Windows XP.


WINDOWS 7 ULTIMATE

Adalah pakej lengkap ciri-ciri yang telah dinyatakan di atas bersama beberapa tambahan . Windows 7 Enterprise adalah sama dengan Windows 7 Ultimate tetapi hanya untuk syarikat-syarikat besar sahaja.

Ciri-ciri Windows 7 Ultimate:
AppLocker;Bit Locker;Drive Encryption;Direct Access; BranchCache Distributed Cache;
Multilingual User Interface Pack;Virtual Hard Disk Booting


WINDOWS 7 ENTERPRISE

Windows 7 Enterprise disasarkan untuk segmen syarikat dan dijual menerusi pelesenan kepada syarikat yang menpunyai kontrak Software Assurance bersama Microsoft. Ia mempunyai ciri-ciri sama dengan Windows 7 Ultimate.

No comments:

Post a Comment