Thursday, June 24, 2010

WINDOWS 7

Soalan Lazim Windows 7 ?

Kenapa sistem operasi baru Microsoft itu dipanggil Windows 7 ?
Microsoft menggunakan sistem penomboran dalaman dan sistem operasi Windows seterusnya adalah 7 menurut turutan.

Bila Windows 7 dilancarkan ?
Windows 7 telah dilancarkan pada 22hb Oktober 2009.

Adakah terdapat versi beta atau RC(Release candidate)yang boleh dimuat turun ?
Tempoh ujian untuk Windows 7 telah berakhir. Dapatkan sahaja versi penuh.

Berapa edisi Windows 7 telah dilancarkan ?
Microsoft telah melancarkan 6 edisi Windows 7. Edisi yang boleh didapati adalah :
  1. Windows 7 EOM
  2. Windows 7 Starter
  3. Windows 7 Home Premium
  4. Windows 7 Professional
  5. Windows 7 Ultimate
  6. Windows 7 Enterprise
Apakah ciri-ciri yang terdapat dalam edisi Windows 7 ?
Setiap edisi Windows 7 didatangkan dengan set ciri tertentu. Secara amnya edisi Windows 7 yang lebih mahal atau tinggi mempunyai ciri-ciri tambahan yang berbeza berbanding dengan edisi yang kurang mahal contohnya Edisi Profesional lebih banyak ciri daripada Edisi Starter.

Kenapa Windows 7 ?
Banyak diperkatakan kenapa ia dinamakan Windows 7 . Kenapa 7 dan tidak 8 ? Berikut adalah turutan yang diperkatakan dalam beberapa tapak web di ruang siber.

  1. Windows 1 (Windows 1)
  2. Windows 2 (Windows 2)
  3. Windows 3 (Windows 3, Windows NT)
  4. Windows 4 (Windows 95, Windows 98,Windows 98 SE, Windows ME
  5. Windows 5 (Windows 2000, Windows XP)
  6. Windows 6 (Windows Vista)
  7. Windows 7 (Windows 7 )





No comments:

Post a Comment