Tuesday, June 8, 2010

PELARIS FACEBOOK


Apa itu Facebook? Soalan itu pasti boleh dijawab oleh semua golongan sama ada dari peringkat sekolah mahupun bekerja. Pemimpin Negara turut menggunakan facebook 1 Malaysia untuk berkomunikasi antara satu sama lain.Pelbagai aplikasi yang terkandung didalam facebook.

'Kau dah berladang hari ini? Kata-kata jenaka seperti ini menjadi ungkapan lazim bagi pengguna laman sosial untuk menghubungkan individu ataupun komuniti . Malah ia kini bertindak sebagai laman setempat untuk orang ramai berhubung , bermain , menguji minda dan tidak hairanlah ada pengguna yang boleh kekal berjam-jam lamanya di facebook kerana tertarik dengan aplikasi yang ditawarkan.

Farmville salah satu contoh terbaik . Aplikasi permainan yang dibangunkan oleh Zynga khusus untuk pengguna Facebook ini membuatkan pemain berasa seolah-olah memiliki dan menjaga ladang sebenar. Pengguna facebook hanya perlu memasang aplikasi ini pada akaun Facebook mereka dan sudah boleh menikmati keseronokan menanam pokok, memetik buah , memerah susu lembu dan boleh pula melawat ke ladang jiran untuk membantu atau melihat ladang siapa yang lebih hebat.


No comments:

Post a Comment